Ketika menjadi pemberita di Utusan Melayu sekitar lewat 70an dan awal 80an, saya pernah ditugaskan untuk memberi maklumat terbaru mengenai jambatan pejalan kaki di Jalan Chow Kit. Ramai merungut mengenai kedudukan jambatan yang sudah uzur. Mereka takut ia roboh dan boleh mencederakan mereka yang menggunakannya dan lalu lalang berhampiran dengannya.
DBKL tidak dapat memberi jawapan pasti. Jadi saya dihantar untuk mendapat kepastian dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pusing punya pusing kami dapat tahu Pak Lah akan ke surau rumah pangsa Sungai Besi. Lokasinya dekat pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin. Waktunya lepas isyak.
Saya mendekati Pak Lah.
" Hai nak bagi sejadah pun you cover ?"
" Bukan pasal sejadah Pak Lah," saya separuh senyum.
" Habis pasal apa ?"
" Jambatan kat Chow Kit."
" La malam-malam-malam macam ni you nak tanya pasal jambatan Chow Kit."
" News Pak Lah, mana kira time ."
" Bulan depan kita akan buat baru. "
" Confirm Pak Lah ?"
Saya seronok sungguh dapat scoop. Tak ada pemberita lain. Esoknya keluar muka depan edisi Kuala Lumpur. Ramai kawan pemberita akhbar lain marah pada saya. Tak pe lah sekali sekala, kata saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment