Tuesday, July 15, 2008

DR FONG CHAN ONN

Ketika itu beliau bertugas sebagai seorang profesor ekonomi di Universiti Malaya. Saya bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran di TV3. Sekitar lewat tahun 80an. Prof Fong senang dihubungi dan mudah untuk ditemubual. Boleh,boleh,katanya setiap kali saya menelefonnya. Tak perlu difaks dulu soalan yang mahu ditanya seperti profesor atau Pak Menteri yang lain. Lepas tiga hari baru menjawabnya.
Tanya saja apa soalan mengenai ekonomi negara, Prof Fong sedia menjawabnya. Ahli akademik lain selalunya terpaksa meminta kebenaran Naib Canselor sebelum bercakap kepada media. Tapi Prof Fong tidak pernah risau kerana jawapannya datang daripada idea-idea yang bernas.
Orangnya selalu merendah diri. Ketika beliau menjadi menteri pun, Prof Fong terus humble. Dia tidak kontroversil dan kelihatan tenang.
Tingkahlaku lebih kurang macam Saudara Lee Lam Thye. Selalu minta maaf kalau dia terlambat atau kalau biliknya tidak kemas. Karektor begini sepatutnya menerajui MCA. Tetapi dalam politik, orang macam Prof Fong selalu diambil kesempatan dan taken for granted. Semoga Prof terus tenang dan menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia.

No comments: