18 - Yang selalu bersikap negatif apabila disuruh berbuat sesuatu, semuanya susah.
19 - Yang selalu rasa dia betul sepanjang masa, orang lain salah.
20 - Yang selalu keluarkan kata-kata yang mempunyai andaian dan unsur seksual kepada kakitangan wanita.
21 - Yang mengumpulkan kakitangan di sekelilingnya untuk jadi popular.
22 - Yang jadi pecacai bos, orang yang boleh buat apa saja.
23 - Yang menjadi orang kepercayaan bos dengan memberi maklumat mengenai kakitangan lain sehingga bos percaya padanya.
24 - Yang atasnya kosong tetapi menggunakan rupa paras untuk naik.
25 - Yang secara tidak rasmi melantik dirinya sebagai wakil peribadi bos.
26 - Yang tahu jadual harian bos dengan berbaik dengan setiausahanya.
27 - Yang memberitahu semua orang di pejabat mengenai kucing bos dan jenis makanan yang selalu bos beli untuk kucingnya.
28 - Yang membantu isteri bos beli barang rumah.
29 - Yang isytihar dirinya bukan kaki bodek tetapi masyallah naik muntah melihat gelagatnya.
30 -Yang beli macam-macam untuk setiausaha bos.
31 - Yang belanja makan pemandu bos.
32 - Yang buat lawak sepanjang hari tetapi kerja tak jalan pun.
33 - Yang salahkan orang bawahnya tetapi dia sendiri tidak tunjuk teladan.
34 - Yang jadi abang atau kakak angkat sampai memberi kesan kepada sesuatu keputusan yang dibuat.
Bersambung.....................
Thursday, July 31, 2008
Wednesday, July 30, 2008
BERPOLITIK DI PEJABAT
Secara tidak sedar politik di pejabat tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dalam UMNO,PAS,DAP,MCA,PKR.....
Ada di kalangan kita sanggup buat apa untuk survive dan naik pangkat. Antara katogeri manusia yang saya nampak ialah seperti berikut :-
1- Yang lemah dan tak tahu buat kerja selalunya akan mencari kelemahan orang lain untuk menutup kelemahannya sendiri.
2- Yang jadi juru lapor kepada bos mengenai hal orang lain walaupun tidak ada mengena dengan kerjanya.
3- Yang masuk bilik bos dan menceritakan masalah peribadinya untuk cari simpati. Untuk menjadikan ia lebih dramatik dia akan menangis selalu.
4- Yang mahu play safe dan selalu berada pada situasi neutral.
5 - Yang tidak mahu bertanggungjawab walaupun sudah dinaikkan pangkat tetapi masih menyalahkan orang lain sedangkan dia sepatutnya bertanggungjawab atas kesalahan orang bawahannya.
6- Yang selalu memuji bos, bos baik , bos tegas, bos segak dan macam-macam lagi bos....
7- Yang beli makanan dan minuman untuk bos.
8- Yang pakai guna-guna untuk tambah hati bos dengan menggunakan bomoh.
9- Yang selalu sebut perkataan "No Problem Boss" setiap kali disuruh bos laksanakan sesuatu.
10-Yang selalu mengiyakan apa bos cakap dalam mesyuarat, lepas itu dia tidak bersetuju apa yang diputuskan bos
11-Yang kerja depan bos saja dan apabila bos tiada, dia pun hilang.
12-Yang cakap laser untuk nampakkan kehebatan dan supaya orang lain pandang tinggi kepadanya.
13- Yang cepat putus asa dengan mengatakan dia tidak ada masa depan.
14- Yang berlagak sebagai seorang yang caring dan melayan ramai kakitangan wanita.
15- Yang duduk dalam pejabat seharian tetapi tak selesai pun kerjanya.
16- Yang pura-pura membuat kerja di PC tetapi sebenarnya chatting sepanjang hari.
17- Yang lagaknya pandai, suaranya tinggi, popular di pejabat, tetapi apabila kerja di lapangan, banyak masalah.
Bersambung...................

Sunday, July 27, 2008
BERTEMU MANDELA DI LUSAKA
Berita pembebasan Nelson Mandela merobah corak pemerintahan apartheid di Afrika Selatan. Mewakili TV3 saya bersama krew terbang ke Lusaka, lokasi ibu pejabat ANC yang memperjuangkan nasib orang kulit hitam dan pembebasan Mandela dari penjara. Kami terbang dengan MAS ke London dan dari London ke Lusaka, Zambia dengan Air Zambia. Krew kabinnya sederhana, pramugaranya memakali baju putih lengan panjang bertali leher hitam kecil. Tetapi terus senyum ketika melayan penumpang.
Tiba di lapangan terbang antarabangsanya, beg kami di bawa dengan forklift dan diletakkan di kawasan tanah merah. Penumpang berebut memilih beg masing-masing. Ketika di kaunter imigresen saya di tegur " You have a nice watch Sir". Saya membalasnya dengan senyum dan seram sejuk.
Kami tidak membuat sebarang tempahan bilik sebab tiada maklumat hotel di Lusaka. Lepas lebih dua jam baru jumpa sebuah hotel. Teksi yang kami naik agak uzur. Pintunya hanya boleh dibuka oleh pemandunya dari luar. Katanya kos penyenggaraannya mahal.
Mandela disambut oleh berpuluh ribu rakyat kulit hitam. Yang menariknya mereka berlari berbatu-batu, bersorak, menjerit ONE AFRICA, ONE ZAMBIA,ONE MANDELA. Tidak hairan pelari jarak jauh dunia adalah kalangan warga Afrika. Kerana semangat mereka tinggi.
Saturday, July 26, 2008
JUMPA MAULANA DI RAWALPINDI
Madrasah tahfiz di Pakistan di katakan banyak melahirkan pengganas Islam. Ini laporan perisikan Amerika. Seluruh dunia mengambilnya bulat-bulat termasuklah kerajaan Malaysia. Saya sempat ke Pakistan untuk tugasan di sempadan Afghanistan - Pakistan. Saya dan krew ke Rawalpindi dan mencari madrasah yang dikatakan melahirkan ramai pengganas yang berani mati. Sampai di madrasah yang separuh siap kami menemui pengetuanya yang memperkenalkan dirinya sebagai Maulana. Dia terus memeluk saya setelah memberitahu kami datang dari Malaysia. Ada seorang penuntut dari Kelantan dan seorang lagi dari Selatan Thai yang belajar mengaji di madrasah berkenaan. Semuanya percuma. Saya rasa sebak sebaik saja dipeluk Maulana berkenaan. Sedih,bangga,rasa hormat, semuanya datang sekaligus.
Auranya kuat, tentunya lebih kuat dari Mawi. Walau saya tidak faham bahasanya, tetapi saya tahu dia begitu seronok dengan kedatangan kami. Terus di panggil keluarganya dan kami dijamu dengan hidangan teh dan kuih-muih.
Cara dia bercakap, cara dia tersenyum, cara dia mendengar begitu tertib dan teratur. Saya rasa tenang berada di sisi Maulana. Saya menghulurkan USD50 pada Maulana untuk beli keperluan harian. Masyallah dia memeluk saya lagi. Ketika itu saya sebak lagi dan mata saya berair. Sampai di saat saya menulis cerita ini, saya masih merasakan pertemuan singkat itu.
Saya kembali ke Islamabad dan menceritakanya kepada Duta Malaysia.
" Dia orang ni banyak menipu ," kata Pak Duta.
Saya sungguh terperanjat dengan kenyataan itu.
" Tak kan kut," kata saya.
" Tak boleh percaya," katanya lagi.
Tak kan rasa hati boleh menipu. Tuhan saja yang tahu.
Saya bertanya Pak Duta samada beliau tahu jumlah pelajar Malaysia yang belajar di madrasah-madrasah begini.
Kata beliau, kedutaan tidak mempunyai statistik.
Saya membuat kesimpulan sendiri.
Semoga usaha Maulana dibalas Allah.
Friday, July 25, 2008
PAK LAH BAGI SEJADAH
Ketika menjadi pemberita di Utusan Melayu sekitar lewat 70an dan awal 80an, saya pernah ditugaskan untuk memberi maklumat terbaru mengenai jambatan pejalan kaki di Jalan Chow Kit. Ramai merungut mengenai kedudukan jambatan yang sudah uzur. Mereka takut ia roboh dan boleh mencederakan mereka yang menggunakannya dan lalu lalang berhampiran dengannya.
DBKL tidak dapat memberi jawapan pasti. Jadi saya dihantar untuk mendapat kepastian dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pusing punya pusing kami dapat tahu Pak Lah akan ke surau rumah pangsa Sungai Besi. Lokasinya dekat pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin. Waktunya lepas isyak.
Saya mendekati Pak Lah.
" Hai nak bagi sejadah pun you cover ?"
" Bukan pasal sejadah Pak Lah," saya separuh senyum.
" Habis pasal apa ?"
" Jambatan kat Chow Kit."
" La malam-malam-malam macam ni you nak tanya pasal jambatan Chow Kit."
" News Pak Lah, mana kira time ."
" Bulan depan kita akan buat baru. "
" Confirm Pak Lah ?"
Saya seronok sungguh dapat scoop. Tak ada pemberita lain. Esoknya keluar muka depan edisi Kuala Lumpur. Ramai kawan pemberita akhbar lain marah pada saya. Tak pe lah sekali sekala, kata saya.

Tuesday, July 15, 2008
DR FONG CHAN ONN
Ketika itu beliau bertugas sebagai seorang profesor ekonomi di Universiti Malaya. Saya bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran di TV3. Sekitar lewat tahun 80an. Prof Fong senang dihubungi dan mudah untuk ditemubual. Boleh,boleh,katanya setiap kali saya menelefonnya. Tak perlu difaks dulu soalan yang mahu ditanya seperti profesor atau Pak Menteri yang lain. Lepas tiga hari baru menjawabnya.
Tanya saja apa soalan mengenai ekonomi negara, Prof Fong sedia menjawabnya. Ahli akademik lain selalunya terpaksa meminta kebenaran Naib Canselor sebelum bercakap kepada media. Tapi Prof Fong tidak pernah risau kerana jawapannya datang daripada idea-idea yang bernas.
Orangnya selalu merendah diri. Ketika beliau menjadi menteri pun, Prof Fong terus humble. Dia tidak kontroversil dan kelihatan tenang.
Tingkahlaku lebih kurang macam Saudara Lee Lam Thye. Selalu minta maaf kalau dia terlambat atau kalau biliknya tidak kemas. Karektor begini sepatutnya menerajui MCA. Tetapi dalam politik, orang macam Prof Fong selalu diambil kesempatan dan taken for granted. Semoga Prof terus tenang dan menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)