Sunday, August 24, 2008

DIN DJ

SUARA DIN DJ LANTANG, KOMENNYA LAWAK. SIAPA SAJA YANG MELINTAS DI DEPANNYA JADI BAHANNYA. DIN DULUNYA JUAL IKAN DENGAN BASIKAL RODA TIGA. TAK SANGKA SEKARANG DIA JADI DJ DI MAJLIS-MAJLIS KENDURI KAHWIN ATAU MAJLIS APA SAJA.
DIA TANYA PASA SAYA, MANA LAMA HANG TAK KELUAK TV.
SAYA SENYUM .
ADA KA PELUANG AKU KELUAK TV.
HA HA GIGI PUN DAH HABIS DIN.
DIN GELAK.
DIN KAWAN PAKCIK BUDIN, PAK SAUDARA SAYA, KINI TINGGAL DI ARAU, PERLIS.
MACAMANA BISNES DIN.
BOLEH TAHAN, KATA DIA, BANYAK JEMPUTAN NI.
KITA TAK BOLEH NAK RAMAL APA AKAN JADI PADA KITA 10 TAHUN AKAN DATANG.
TAPI JANGANLAH NAK BERANGAN JADI PERDANA MENTERI DALAM MASA 10 TAHUN AKAN DATANG.
SEBAB YANG TENGAH BERANGAN PUN BELUM TENTU.
ITU SEMUA KETENTUAN ALLAH.
SATU HARI BOLEH JEMPUT DIN DJ DATANG KL. BOLEH DISKAUN KUT.




Friday, August 22, 2008

PAK LEH BUKAN PAK LAH

PAK LEH, BUKAN PAK LAH PERDANA MENTERI. PAK LEH ( KU SALLEH KU ARIFFIN) TINGGAL DI KAMPUNG KODIANG LAMA, KODIANG, JITRA KEDAH. KAWASAN PARLIMEN JERLUN.
PAK LEH IALAH OKU, ANAK TOKCIK PIAH. TOKCIK PIAH IALAH ADIK KEPADA TOK BEDAH, NENEK AKU.
PAK LEH MERANGKK SEJAK KECIL LAGI, AKU SELALU NAIK BELAKANG PAK LEH WAKTU KECIL. DUA HOBI PAK LEH, SATU SUKA BELI JAM DAN DUA, SUKA BELI RADIO.
SEJAK TOKCIK DAH TAK ADA, HIDUP PAK LEH TAK LAH SUSAH. SEMUA BARANG MAKAN ORANG SEDEKAH, TAK KIRA ADIK BERADIK ATAU ORANG KAMPUNG.
KALAU DI TANYA KHABAR, PAK LEH SENYUM " BAIK, BAIK."
KALAU DUDUK DI RUMAH PAK LEH PAKAI KAIN PELEKAT DAN JARANG BERBAJU. SEKARANG DIA JARANG KELUAR LAGI KE PEKAN KODIANG SEBAB DAH TAK LARAT.
DULU TIAP SABTU PAK LEH AKAN TUMPANG MOTOR KE PEKAN. TENGOK JAM DAN RADIO.
PAK LEH BUJANG SAMPAI SEKARANG. BILA TENGOK PAK LEH SENYUM TERASA HIDUP INI SEBENARNYA SIMPLE. KITA KADANG-KADANG YANG CARI MASALAH. SEMOGA PAK LEH SIHAT DAN TERUS SENYUM.

Friday, August 1, 2008

SOAP DRAMA POLITIK MALAYSIA

TIDAK PERNAH TERJADI DALAM SENARIO POLITIK MALAYSIA, SEBEGINI HEBATNYA PERCATURAN YANG BERLAKU SELEPAS PRU 12. SETIAP HARI SEJAK 8 MAC 2008 , ADA SAJA CERITA BARU KELUAR SAMADA DARI MULUT PAK LAH, NAJIB, ANWAR IBRAHIM, HAJI HADI, SAMY VELLU, CHUA SOI LEK.......MACAM-MACAM LAGI. YANG MELUATNYA CERITA-CERITA YANG MEMUALKAN SEHINGGAKAN ANAK-ANAK KECIL MULA BERTANYA MENGENAI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM.
KADANG-KADANG RASA JELAK MAHU MEMBACA BERITA-BERITA POLITIK INI TETAPI SEBAGAI WARTAWAN, NANTI DIKATAKAN KETINGGALAN ZAMAN. TAMBAH PULA RAMAI YANG BERTANYA MENGENAI PERKEMBANGAN TERBARU. DENGAN BERSEPAHNYA BLOG DALAM INTERNET, LAGI BANYAK ANDAIAN DIBUAT. SAMPAI DAKWAAN DAN TUDUHAN YANG MENGERIKAN KEPADA PEMIMPIN BESAR KITA.
SEMUANYA INI AKAN TERCATAT DALAM BUKU SEJARAH ANAK GENERASI MASA DEPAN. MALU KITA SEBAB HIDUP DI ZAMAN PEMIMPIN BERTEMPUR SESAMA SENDIRI, MELUDAH KE MUKA MASING-MASING SEDANG NASIB RAKYAT KITA PINGGIRKAN.
PEMIMPIN BERCAKAP MENGENAI PERJUANGAN BANGSA. DULU ZAMAN SEBELUM MERDEKA MEMANG PEMIMPIN BERJUANG MEMBEBASKAN PENJAJAHAN DAN LANGSUNG MENAIKKAN MARTABATKAN BANGSA.
SEKARANG PEMIMPIN CUMA MAHU MENJAGA KEDUDUKAN MASING-MASING, HATTA APA PUN ALASAN PERJUANGAN DI BERIKAN. KONON UNTUK ORANG MELAYU DAN ISLAM. TETAPI ITU SEMUA MODAL POLITIK UNTUK TERUS BERKUASA ATAU MERAMPAS KUASA.LALU TERGADAI MARUAH BANGSA SENDIRI.
KITA TENGOK APA AKHIRNYA AKAN BERLAKU SELEPAS 8 MAC 2008.

BERPOLITIK DI PEJABAT 3

35 - Yang konon menasihat orang lain mengenai cara hidup Islam yang tertib tetapi selalu melemparkan kata-kata sinis yang melukakan hati orang lain.
36 - Yang kata dirinya tak ada masalah tetapi selalu memberi alasan untuk tidak melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya.
37 - Yang senyum di bibir tetapi memaki hamun di hati.
38 - Yang selalu mengadu kepada rakan sepejabatnya mengenai bos yang tidak adil, tetapi awas jika kita juga turut menyokongnya, hal ini akan sampai kepada bos.
39 -Yang memberitahu semua orang bahawa dia tahu di mana bos sekarang, samada sedang bermesyuarat atau sedang bercuti keluar negara, sedangkan tiada siapa yang bertanya.
40 - Yang di bawa bos ke merata mesyuarat untuk membantu bos yang kurang pasti apa yang mahu dicakapkan dalam mesyuarat berkenaan.
41 - Yang selalu membuat thumbs up kepada bos dalam mesyuarat.
42 - Yang suka syor buat majlis yang membazir.
43 - Yang bawa mulut kata dia dizalimi oleh penyelianya.
44 - Yang kata dia diusik secara seksual.
45 - Yang bawa mulut kata orang itu dan orang ini ada masalah keluarga.
46 - Yang bawa mulut kata orang tu tak kahwin sebab dia gay.
47 - Yang bawa mulut kata rakan kerjanya ada hubungan lesbian.
48 - Yang kata bos ada hubungan sulit dengan kakitangannya.
49 - Yang kata kakitangan berkenaan naik pangkat dalam masa yang singkat sebab mereka nak kahwin dengan bos.
50 - Yang kata bos ada simpan perempuan.
Bersambung................

Thursday, July 31, 2008

BERPOLITIK DI PEJABAT 2

18 - Yang selalu bersikap negatif apabila disuruh berbuat sesuatu, semuanya susah.
19 - Yang selalu rasa dia betul sepanjang masa, orang lain salah.
20 - Yang selalu keluarkan kata-kata yang mempunyai andaian dan unsur seksual kepada kakitangan wanita.
21 - Yang mengumpulkan kakitangan di sekelilingnya untuk jadi popular.
22 - Yang jadi pecacai bos, orang yang boleh buat apa saja.
23 - Yang menjadi orang kepercayaan bos dengan memberi maklumat mengenai kakitangan lain sehingga bos percaya padanya.
24 - Yang atasnya kosong tetapi menggunakan rupa paras untuk naik.
25 - Yang secara tidak rasmi melantik dirinya sebagai wakil peribadi bos.
26 - Yang tahu jadual harian bos dengan berbaik dengan setiausahanya.
27 - Yang memberitahu semua orang di pejabat mengenai kucing bos dan jenis makanan yang selalu bos beli untuk kucingnya.
28 - Yang membantu isteri bos beli barang rumah.
29 - Yang isytihar dirinya bukan kaki bodek tetapi masyallah naik muntah melihat gelagatnya.
30 -Yang beli macam-macam untuk setiausaha bos.
31 - Yang belanja makan pemandu bos.
32 - Yang buat lawak sepanjang hari tetapi kerja tak jalan pun.
33 - Yang salahkan orang bawahnya tetapi dia sendiri tidak tunjuk teladan.
34 - Yang jadi abang atau kakak angkat sampai memberi kesan kepada sesuatu keputusan yang dibuat.
Bersambung.....................

Wednesday, July 30, 2008

BERPOLITIK DI PEJABAT

Secara tidak sedar politik di pejabat tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dalam UMNO,PAS,DAP,MCA,PKR.....
Ada di kalangan kita sanggup buat apa untuk survive dan naik pangkat. Antara katogeri manusia yang saya nampak ialah seperti berikut :-

1- Yang lemah dan tak tahu buat kerja selalunya akan mencari kelemahan orang lain untuk menutup kelemahannya sendiri.
2- Yang jadi juru lapor kepada bos mengenai hal orang lain walaupun tidak ada mengena dengan kerjanya.
3- Yang masuk bilik bos dan menceritakan masalah peribadinya untuk cari simpati. Untuk menjadikan ia lebih dramatik dia akan menangis selalu.
4- Yang mahu play safe dan selalu berada pada situasi neutral.
5 - Yang tidak mahu bertanggungjawab walaupun sudah dinaikkan pangkat tetapi masih menyalahkan orang lain sedangkan dia sepatutnya bertanggungjawab atas kesalahan orang bawahannya.
6- Yang selalu memuji bos, bos baik , bos tegas, bos segak dan macam-macam lagi bos....
7- Yang beli makanan dan minuman untuk bos.
8- Yang pakai guna-guna untuk tambah hati bos dengan menggunakan bomoh.
9- Yang selalu sebut perkataan "No Problem Boss" setiap kali disuruh bos laksanakan sesuatu.
10-Yang selalu mengiyakan apa bos cakap dalam mesyuarat, lepas itu dia tidak bersetuju apa yang diputuskan bos
11-Yang kerja depan bos saja dan apabila bos tiada, dia pun hilang.
12-Yang cakap laser untuk nampakkan kehebatan dan supaya orang lain pandang tinggi kepadanya.
13- Yang cepat putus asa dengan mengatakan dia tidak ada masa depan.
14- Yang berlagak sebagai seorang yang caring dan melayan ramai kakitangan wanita.
15- Yang duduk dalam pejabat seharian tetapi tak selesai pun kerjanya.
16- Yang pura-pura membuat kerja di PC tetapi sebenarnya chatting sepanjang hari.
17- Yang lagaknya pandai, suaranya tinggi, popular di pejabat, tetapi apabila kerja di lapangan, banyak masalah.
Bersambung...................

Sunday, July 27, 2008

BERTEMU MANDELA DI LUSAKA

Berita pembebasan Nelson Mandela merobah corak pemerintahan apartheid di Afrika Selatan. Mewakili TV3 saya bersama krew terbang ke Lusaka, lokasi ibu pejabat ANC yang memperjuangkan nasib orang kulit hitam dan pembebasan Mandela dari penjara. Kami terbang dengan MAS ke London dan dari London ke Lusaka, Zambia dengan Air Zambia. Krew kabinnya sederhana, pramugaranya memakali baju putih lengan panjang bertali leher hitam kecil. Tetapi terus senyum ketika melayan penumpang.
Tiba di lapangan terbang antarabangsanya, beg kami di bawa dengan forklift dan diletakkan di kawasan tanah merah. Penumpang berebut memilih beg masing-masing. Ketika di kaunter imigresen saya di tegur " You have a nice watch Sir". Saya membalasnya dengan senyum dan seram sejuk.
Kami tidak membuat sebarang tempahan bilik sebab tiada maklumat hotel di Lusaka. Lepas lebih dua jam baru jumpa sebuah hotel. Teksi yang kami naik agak uzur. Pintunya hanya boleh dibuka oleh pemandunya dari luar. Katanya kos penyenggaraannya mahal.
Mandela disambut oleh berpuluh ribu rakyat kulit hitam. Yang menariknya mereka berlari berbatu-batu, bersorak, menjerit ONE AFRICA, ONE ZAMBIA,ONE MANDELA. Tidak hairan pelari jarak jauh dunia adalah kalangan warga Afrika. Kerana semangat mereka tinggi.

Saturday, July 26, 2008

JUMPA MAULANA DI RAWALPINDI

Madrasah tahfiz di Pakistan di katakan banyak melahirkan pengganas Islam. Ini laporan perisikan Amerika. Seluruh dunia mengambilnya bulat-bulat termasuklah kerajaan Malaysia. Saya sempat ke Pakistan untuk tugasan di sempadan Afghanistan - Pakistan. Saya dan krew ke Rawalpindi dan mencari madrasah yang dikatakan melahirkan ramai pengganas yang berani mati. Sampai di madrasah yang separuh siap kami menemui pengetuanya yang memperkenalkan dirinya sebagai Maulana. Dia terus memeluk saya setelah memberitahu kami datang dari Malaysia. Ada seorang penuntut dari Kelantan dan seorang lagi dari Selatan Thai yang belajar mengaji di madrasah berkenaan. Semuanya percuma. Saya rasa sebak sebaik saja dipeluk Maulana berkenaan. Sedih,bangga,rasa hormat, semuanya datang sekaligus.
Auranya kuat, tentunya lebih kuat dari Mawi. Walau saya tidak faham bahasanya, tetapi saya tahu dia begitu seronok dengan kedatangan kami. Terus di panggil keluarganya dan kami dijamu dengan hidangan teh dan kuih-muih.
Cara dia bercakap, cara dia tersenyum, cara dia mendengar begitu tertib dan teratur. Saya rasa tenang berada di sisi Maulana. Saya menghulurkan USD50 pada Maulana untuk beli keperluan harian. Masyallah dia memeluk saya lagi. Ketika itu saya sebak lagi dan mata saya berair. Sampai di saat saya menulis cerita ini, saya masih merasakan pertemuan singkat itu.
Saya kembali ke Islamabad dan menceritakanya kepada Duta Malaysia.
" Dia orang ni banyak menipu ," kata Pak Duta.
Saya sungguh terperanjat dengan kenyataan itu.
" Tak kan kut," kata saya.
" Tak boleh percaya," katanya lagi.
Tak kan rasa hati boleh menipu. Tuhan saja yang tahu.
Saya bertanya Pak Duta samada beliau tahu jumlah pelajar Malaysia yang belajar di madrasah-madrasah begini.
Kata beliau, kedutaan tidak mempunyai statistik.
Saya membuat kesimpulan sendiri.
Semoga usaha Maulana dibalas Allah.

Friday, July 25, 2008

PAK LAH BAGI SEJADAH

Ketika menjadi pemberita di Utusan Melayu sekitar lewat 70an dan awal 80an, saya pernah ditugaskan untuk memberi maklumat terbaru mengenai jambatan pejalan kaki di Jalan Chow Kit. Ramai merungut mengenai kedudukan jambatan yang sudah uzur. Mereka takut ia roboh dan boleh mencederakan mereka yang menggunakannya dan lalu lalang berhampiran dengannya.
DBKL tidak dapat memberi jawapan pasti. Jadi saya dihantar untuk mendapat kepastian dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pusing punya pusing kami dapat tahu Pak Lah akan ke surau rumah pangsa Sungai Besi. Lokasinya dekat pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin. Waktunya lepas isyak.
Saya mendekati Pak Lah.
" Hai nak bagi sejadah pun you cover ?"
" Bukan pasal sejadah Pak Lah," saya separuh senyum.
" Habis pasal apa ?"
" Jambatan kat Chow Kit."
" La malam-malam-malam macam ni you nak tanya pasal jambatan Chow Kit."
" News Pak Lah, mana kira time ."
" Bulan depan kita akan buat baru. "
" Confirm Pak Lah ?"
Saya seronok sungguh dapat scoop. Tak ada pemberita lain. Esoknya keluar muka depan edisi Kuala Lumpur. Ramai kawan pemberita akhbar lain marah pada saya. Tak pe lah sekali sekala, kata saya.

Tuesday, July 15, 2008

DR FONG CHAN ONN

Ketika itu beliau bertugas sebagai seorang profesor ekonomi di Universiti Malaya. Saya bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran di TV3. Sekitar lewat tahun 80an. Prof Fong senang dihubungi dan mudah untuk ditemubual. Boleh,boleh,katanya setiap kali saya menelefonnya. Tak perlu difaks dulu soalan yang mahu ditanya seperti profesor atau Pak Menteri yang lain. Lepas tiga hari baru menjawabnya.
Tanya saja apa soalan mengenai ekonomi negara, Prof Fong sedia menjawabnya. Ahli akademik lain selalunya terpaksa meminta kebenaran Naib Canselor sebelum bercakap kepada media. Tapi Prof Fong tidak pernah risau kerana jawapannya datang daripada idea-idea yang bernas.
Orangnya selalu merendah diri. Ketika beliau menjadi menteri pun, Prof Fong terus humble. Dia tidak kontroversil dan kelihatan tenang.
Tingkahlaku lebih kurang macam Saudara Lee Lam Thye. Selalu minta maaf kalau dia terlambat atau kalau biliknya tidak kemas. Karektor begini sepatutnya menerajui MCA. Tetapi dalam politik, orang macam Prof Fong selalu diambil kesempatan dan taken for granted. Semoga Prof terus tenang dan menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia.

Monday, June 23, 2008

SEKOLAH RENDAH TUNKU BENDAHARA

Isu perkauman dulu jarang dipersoalkan kerana ia bukan masalah besar. Sekarang perpaduan dijadikan modal politik. Politik masakini terus memburukkan soal perpaduan atas dasar perjuangan sesebuah kaum. Sedih.
Dulu pelajar bukan Melayu yang bersekolah di sekolah aliran Inggeris seperti di Sekolah Rendah Tunku Bendahara lebih terbuka dalam soal hubungan kaum. Pelajar Melayu juga main ping pong dan bola keranjang, tetapi sekarang sesebuah permainan di kuasai oleh satu kaum sahaja.
Guru-guru kami juga komited. Guru besarnya kuat disiplin. Kami dirotan, tetapi takut mengadu kepada mak ayah. Kalau ayah tahu tentu kena lagi rotan di rumah.
Sekolah dulu bertanggungjawab membentuk insan masa depan, bukan sibuk publisiti berapa pelajar dapat 12A. Itulah bezanya.
Semakin banyak pembuat dasar, semakin kelamkabut sistem pendidikan kita. Kita bertegang urat memperkatakan mengenai bangsa Malaysia tetapi masih tebal dengan identiti masing-masing. Kami di Kodiang tidak akan membiarkan ada pejuang bangsa yang hipokrit berpijak di bumi harmoni ini atas dasar perjuangan politik yang gila.

MAKAN GULAI DAGING DGN REBUNG

Tiada kenduri kahwin yang paling meriah selain yang diadakan di kampung. Semangat gotong royong sungguh tinggi. Tiga hari sebelum kenduri, orang kampung gotong-royong dirikan balai
(khemah). Beberapa orang lagi ditugaskan cari rebung di hutan. Rebung dimasak gulai dengan daging dalam kawah besar. Rebung juga dibuat acar dalam tempayan . Sibuk sekampung, semua orang dah tahu apa tugas mereka, siapa yang masak nasi, siapa yang cari kayu, siapa ketua balai, tuan rumah tau siap semuanya. Macam pesta sebab malamnya pula ada wayang kulit Etong, rata-rata dimainkan oleh warga Siam.
Senario bermasyarakat begini sepatutnya kekal sampai akhir zaman. Jangan ada pihak loklak yang mahu memainkan sentimen politik dalam suasana damai ini. Orang PAS tak boleh mai kenduri orang UMNO. Ketepikanlah sekejap pegangan politik masing-masing. Jangan dok bermasam muka sepanjang tahun. Kan seronok kalau duduk dibalai , makan nasi gulai keli daripada tak henti-henti melempar tuduhan dan fitnah melulu kepada lawan politik .

Sunday, June 22, 2008

TOK NYANG HAJI IBRAHIM

Allahyarham Haji Ibrahim, moyang ( Tok Nyang ) saya meninggal ketika usianya 100 lebih. Saya tidak pasti umur sebenarnya. Ketika itu usia saya 10 tahun. Tok Nyang mengadu sakit dada selepas sembahyang isyak. DIa menyuruh ayah saya , Allahyarham Abdul Rahman membaca yassin. Dia sempat menegur bacaan ayah saya. Selang beberapa minit dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya berada di sisi Tok Nyang ketika itu. Tenangnya Tok Nyang meninggalkan kami.
Allahyarham seorang guru agama di pondok Hutan Palas. Berasal dari Yala, Thailand, Haji Ibrahim cukup tertib ketika waktu makan dan begitu kuat disiplin ketika mengajar mengaji. Kami cicit-cicitnya cukup seram kalau disuruh belajar mengaji dengannya. Saya ambil keputusan untuk mengajar mengaji dengan Allahyarham Haji Sirat, iman masjid Kg Kodiang Lama. Haji Sirat banyak bagi muka kepada anak-anak muridnya.
Ketika makan Tok Nyang pantang kalau ada orang bercakap atau minum air, walaupun sepedas mana lauk atau sambal belacan. Nasi tak boleh tumpah, tambah lagi berebut mengambil lauk. Antara tugas saya ialah memandikannya di telaga dan menggosok belakangnya dengan berus. Saya selalu teringatkan Tok Nyang setiap kali saya memikirkan mengenai ketenangan.ketertiban dan disiplin hidup. Semoga Tok Nyang di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

KG KODIANG LAMA

Dalam Pilihanraya ke 12 , 8 Mac lalu Kampung Kodiang Lama termasuk dalam kawasan parlimen Jerlun dan bukan lagi Kubang Pasu, kawasan Tun Dr Mahathir dulu. Kini ahli parlimennya Datuk Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir. Tun dulu pernah buat komen , ketika saya buat liputan berita TV3. Katanya lebih kurang, sapa kata orang Melayu masih mundur, baru ni saya naik kapalterbang, saya tanya pilot dia siapa, dia kata dia orang Kodiang. Ramai orang tepuk tangan. Memang ada salah seorang classmate saya yang jadi pilot TUDM , saya tak pasti samada pilot yang sama dimaksudkan oleh Tun.
Kodiang memang hulu sangat, bersempadan dengan Perlis. Pekan simpang empatnya dulu mana ada traffic light pun. Saya pun tak pasti samada Datuk Mukhriz, yang membesar di KL dan belajar di luar negeri dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang di Kodiang, Padang Sera, Stesyen, Kampung Kandis dan kawasan-kawasan lain di Jerlun. Mungkin Tun dapat bagi sedikit tips.
Orang di Kodiang hidup simple saja. Kebanyakannya petani yang mengusahakan bendang sejak beberapa generasi. Ada juga yang memotong getah. Yang lain bawa teksi, berjual di pasar-pasar sehari seperti di Nat Kodiang. Mungkin Datuk Mukhriz dah melawat Nat Kodiang dan rasa apam balek Cot.
Selamat datang ke Kampung Kodiang Lama.