Isu perkauman dulu jarang dipersoalkan kerana ia bukan masalah besar. Sekarang perpaduan dijadikan modal politik. Politik masakini terus memburukkan soal perpaduan atas dasar perjuangan sesebuah kaum. Sedih.
Dulu pelajar bukan Melayu yang bersekolah di sekolah aliran Inggeris seperti di Sekolah Rendah Tunku Bendahara lebih terbuka dalam soal hubungan kaum. Pelajar Melayu juga main ping pong dan bola keranjang, tetapi sekarang sesebuah permainan di kuasai oleh satu kaum sahaja.
Guru-guru kami juga komited. Guru besarnya kuat disiplin. Kami dirotan, tetapi takut mengadu kepada mak ayah. Kalau ayah tahu tentu kena lagi rotan di rumah.
Sekolah dulu bertanggungjawab membentuk insan masa depan, bukan sibuk publisiti berapa pelajar dapat 12A. Itulah bezanya.
Semakin banyak pembuat dasar, semakin kelamkabut sistem pendidikan kita. Kita bertegang urat memperkatakan mengenai bangsa Malaysia tetapi masih tebal dengan identiti masing-masing. Kami di Kodiang tidak akan membiarkan ada pejuang bangsa yang hipokrit berpijak di bumi harmoni ini atas dasar perjuangan politik yang gila.